CYBERCAKE

By: Cake and Cupcake Specialist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jul-2008 22:50 Email | Share | Bookmark
DERITA DENGGI!!!! ??<<< pembetulan pegesahan utk kali ke 2!

Salam pada semua ...hari ini masuk hari ke 3 12/07/2008 saya derita demam yg agak kuat..., Bermula dari khamis lepas 10/07/2008, saya agak terlewat sikit bgun tidur dari biasa kerana memg dah seram sejuk pada mlm hingga kepagi..., tiap hari saya akan bangun pada pukul 6 pagi utk memulakan tanggungjwb saya serta menyusun kerja bagi yang telah menempah kek-kek saya.

Pukul 7 pagi saya bgun terus ke bilik air nak muntah rasanya serta sakit kepala yg amat dan rasa sengal badan yg sungguh luar biasa...Saya muntah dan terus muntah tapi tiada apa yg keluar ..Badan mengeletar Allah saja yg tahu, masa itu yg ada dalam fikiran saya hanyala beberapa kek yg masih berada di peti sejuk belum pun sempat di hias! Ya Allah bagaimanakah aku ingin teruskan kerja-kerja mendeco ni...memandangkan kesihatan kian kritikal serta tarikh penempah utk mengambil tempah sudah terlalu dekat . 11/07/2008 dan 12/07/2008 ! Ya Allah mcmana ni.???? memg niat saya utk menyelesaikan juga tapi terpaksa mohon penangguhan sedikit masa utk pelanggan yg ingin mengambil kek beliau pada 11/07 ke 12/07 tapi malangnya pelanggan saya ada masaalah kenderaan pada tarikh 12/07 tu jadi terpaksa ambil pada 11/07 juga! jadi saya pun kata okla...ambil bahagian petang ...set!

Tak dpat saya bayangkan saya menahan kesakitan pada hari khamis lepas Allah saja yg mengetahui..sakit kepala kepala , sakit badan , sengal tulang sendi segalanya! . Suami mgajak saya ke klinik seawal pagi kerana sakit tak tertanggung. Pada mulanya ingat demam biasa ..tapi suami saya kata ini tanda-tanda denggi..!! Setelah berjumpa doktor balik terus makan ubat supaya cepat sembuh tapi malangnya kesembuhan tak lama sakit bersambung semula beberapa jam kemudian, makan ubat.Keja keja mendeco masih tak dpat dijalankan..Suami balik kerja mengajak saya utk kehospital saja kerana dia dah nampak sya kian teruk . Tapi persoalannya siapakah ingin menyelesaikan keja-keja mendeco yg telah dijanjikan??? huhu Saya terfikir semua yg menempah semuanya pelanggan lama saya yg telah saya kenal dan ada yg telah menangguh harijadi anak beliau semasa saya balik kampung dahulu kini dia menempahnya semula tapi malangnya beliau masih tdak dapat kek yg diingininya juga sampai ke hari ini . Pelanggan satu lagi siap pesan "nina ...jangan lupa kek akak...itu bday akak tauu....." aduuuhhh...dan satu lagi ..." kak nina.....buat cecantik tau....kek otomen" huhu sedihnya..bila teringat akan kata-kata pelangganku ini! Apa boleh buat sakit demam bukan keja kita . Bila Allah nak bagi pun kita tak tahukan..Nasibla...kek minggu ini tak terlalu banyak ...sapa yg mengambil awal nasib mereka agak baiklakan...

Setelah berfikir-fikir saya terfikir kesihatan begini mcmana nak menghias dengan cantik??!! Erm...saya pun terus menyuruh maid saya mengambil laptop bagi mengambil contact number customer yg telah menempah masa terdekat utk memberitahu pembatalan kek-kek mereka . Cuma satu nombor tak ada dalam email erm..saya cuma email saja tpi malangnya beliau tak menerimanya. Jumaat 11/07 iaitu semlm beliau menelifon saya utk mengambil kek beliau saya mengatakan yg saya telah email kepada beliau . Nasib beliau memahaminya..syukur semua customer saya tak panas baran.terima kasih kepada yg MEMAHAMI !

Sekarang saya masih berada di wad hospital Pantai Pandan Indah. deritaku masih belum berahkir ...maklumla...ubat pun kena pilih pilih oleh doktor kan saya sedang mengandung 4 bulan...jadi deritanya saya tanggung agak teruk sikit kerana ubat yg diberi tdak terlalu kuat melawan virus. Adusss...hari ini 12/07 saya tak dpat lelap dari 12 malam hingga sekarang pukul 7.20 . Sengal sengal badan macm org tikam tikam kat belakang mcmana saya mau tidur?? Siapa yg terkena demam seperti ini memg amat serik sekali demam yg memang luar biasa...Kepala sakit tak payah nak cakaplakan...mata pun tak boleh nak buka...belakang bebola mata pun sakit...ermmm oklah takat ini saya coretan saya mohon maaf pada penempah yg terpaksa saya batalkan kek tempahan mereka.....bagi penempah minggu hadapan saya akan tengok tengokkan kalau patut saya cancel saya akan beritahu secepat mgkin . Badan pun dah mula sakit semula , saya kini sedang berpuasa kerana ujian darah pun akan dijalankan sebentar lagi saya nak berehat sebentar sementara mnunggu doktor tiba......pada semua jumpa lagi dan ...jaga diri anda jauhi AEDES!

Setelah ujian darah keluar hari ini doctor mengesahkan yg saya terkena jangkitan satu virus merbahaya yg menyerang hati!<<<<hati manusia tau bukan hati ayam Subahanallah...Pada mulanya simptom yg saya ada memg tanda tanda pengidap virus denggi. Dan doktor pun kata 90 % denggi sebb itu dia nak periksa darah sekali lagi tu..utk pengesahan..susah saya nak sebut virus apa yg saya telah alami ini sebb berbelit lidah doctor saya tgok menyebutnya camne pulak saya nak sebutkan..Tak per nanti saya cuba tanya nurse perkataan virus yg menyerang saya tuh . Kalau nama virus TROJAN kan senang dah jadi computer lak saya ni. Saya dah sedikit rasa sedikit sihat sekarang mgkin kerana banyak antibiotik masuk dalam badan serta air drip pun bole tahan dah nak dekat 10 botol Doctor akan menyambung suntikan antibiotik lagi 5 atau 7 hari supaya saya benar benar sihat seperti sedia kala...suntikkan ni sakit dia fuhhh sakit tauuuu..dia walaupun melalui drip wayer bila msuk ke dalam urat tangan jadi pedih mcm dihiris dgn pisau .Mgkin ada yg dah kena boleh memahaminyer.Okla..saya nak berehat utk cek email nampak banyak email tu takut nak buke Maaf yer atas silap keterangan di atas tu. DENGGI pulak minta jauhla..kan... SAKITNYERLA...WEIIII LA... now at 4 petang memg nak malam je dia akan attack gua kaw kaw punye jahatkan.. .huwaa....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net